Lisa Surihani Tercalon Kids Choice Awards

Jika tahun lalu, penyanyi Shila Amzah tercalon dalam kategori Favorite Asian Act menerusi majlis anugerah Nickelodeon Kid’s Choice Awards, tahun ini tiba giliran pelakon Lisa Surihani pula tercalon dalam kategori yang sama.


Bersaing dengan Lisa dalam kategori tersebut ialah G.E.M dari China, Coboy Junior (Indonesia) dan Anne Curtis (Filipina).

Anugerah yang memberi kuasa 100 peratus kepada peminat cilik di Amerika ini akan dihoskan oleh aktor Mark Wahlberg dan dijadualkan berlangsung pada 29 Mac ini.

Mampukah Lisa membawa pulang trofi tersebut, sama-sama kita nantikan kemeriahkan majlis tersebut! -Mynewshub

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon